Monday, 31 August 2015

KULIAH 1: PENGERTIAN BUDI

PENGERTIAN BUDI

  • Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik
  • Tabiat / akhlak / watak
  • Fikiran
  • Perbuatan baik
  • Daya upaya baik
  • Pertimbangan akal yang baik
  • Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan
    indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek
  • Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan
    kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak,
    dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
  • Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang
    dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum
    Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang
    terpuji.
  • Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa
    pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan
    kepada individu yang lain.
  •  Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
  • Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material,
    mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT.
  • Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi
    yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan
    kesyukuran.
  •  budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yg
    merujuk kepada perbuatan yg menyenangkan hati org lain.
  • maka secara khususnya budi bahasa merupakan satu
    elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai
    insan yg sempurna dari mata masyarakat


 PENGERTIAN BAHASA

  • Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah
        (1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
              perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan 

        (2) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopansantun.
  • Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
  • Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat
  • Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit
  • John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi
  • Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang
    pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat
    untuk berkomunikasi
  • bahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat
    sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan
    artikulator-artikulator lain
  • setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam
    bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa
    atau sintaksis yang dikatakan bersistem
  • tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti
    perkataan, frasa, klausa dan ayat
  • setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi
    penutur dan pendenga
  • bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi
    antara penutu
  • bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang
    mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara
    linear
  • Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu
    sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui
    dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
  •  Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa
    bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai
    alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
    (antara seorang individu yang lain dan sebagainya).
  • Menurt Asmah Hj. Omar (1983 ; 376) bahasa hanyalah
    bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam
    rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri
    fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu
    mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makan
    yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang
    memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga
    mencipta
  • Fungsi bahasa:
    •  Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
    • Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan
    • Pernyataan fikiran – neurologi
  • Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik
    yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang
    baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai
    nilai-nilai murni.
  • Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat
    Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememangmemangnya
    mengajarkan cara hidup yang baik.
  • Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk
    mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormatmenghormati,
    kasih sayang, dan kesejahteraan.
  • Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi
    ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan
    sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan
    kebajikan.
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun
    dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan
    tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak
    laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap
    orang lain.
  • Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.
    Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang
    bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan
    nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur
    metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah
    orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di
    bawah.
  • Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali
    perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran
    “man” menjadikannya berbudi atau budiman.
  • Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga
    sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi
    dan bahasa.
  • Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang
    Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok
    atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan
    sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap
    memiliki sifat peribadi yang sempurna
  • Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang,
    bangsa, negara dan terutama agama.
  • Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama,
    namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.
  • Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan
    disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa,
    sebagaimana gambaran pantun di bawah.
    .

PENGERTIAN BUDI BAHASA

  • Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baikyang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yangbaik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.
  • Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormatmenghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.
  • Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
  • Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.


Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.

  • Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa.
  • Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman.
  • Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
  • Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.
  • Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.
  • Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.
  • Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.




Sumber: https://e.edim.co/41770489/kuliah_1_pengertian_budi_bahasa_dan_budi_bahasa.pdf?Expires=1441084982&Signature=cf69Ra3kN054KfdCidS-4OTxMm0UqMFwqmJ9uN58vR6k5eyqlrsBOyDQdscMnWYIQmwBRpWblFYfIzn07c7UdqtwIP6otGRVnWjDQNFgvoJiOc4kQDhlH6qx-K4hUnVgumryB9wJ1hJLNJVtjv7xJcIZuoatD2k7cmk-Dpbzwb8FYZ~N~xfLsE1rIOe4H3a4~bPmj~PSrr0xlQTRKuk86Q28J6nd5LIr8TDTStQZwoa6iJd9WO0VwNZwCmGwpI1wStjAJPXTa81yovjbj4S1sh6LftaFrmLXgCf8J-cCt4UuqkG3eetgzxB4XutbtfAI1MQsXrpj0hkW88aR4sySGw__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment