Monday, 31 August 2015

KULIAH 2: KONSEP BUDI BAHASA

KONSEP BUDI BAHASA

  • Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu. 
  • Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
  • Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
Menurut Mustafa Hj Daud ,1995 seseorang yang
berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
- ikhlas
- jujur
- benar
- merendah diri
- pemurah
- suka menolong
- berjasa
- berbakti

Ciri-Ciri Budi Bahasa

lima ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang
berbudi bahasa iaitu:

  • pemaaf
  • obersifat sabar
  • bersikap positif
  • (optimis, semangat dan minat,
  • kepercayaan, integriti, keberanian)
  • memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
  • bersopan santun/ tertib
ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati
seperti kata Raja Ali Haji:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
- Gurindam Fasal yang Keempat
Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah
laku.
Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:
-bersalam
-menunjukkan muka yang manis
-cara duduk yang tertib
-melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
-membongkokkan badan ketika melintas
-menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu

Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


1. Masyarakat Melayu
  • berpegang kuat pada adat resam dan agama
contoh : tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila
  • memberi salam apabila bersua
tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
-Kata sapaan
-Kata gelaran
-Panggilan
-Memberi salam
-Bersalam
-Bertanya khabar
-Melayan tetamu
-jamu makan
-Menghormati orang tua

2. Masyarakat Cina

  • Makan menggunakan penyepit (chopstick)
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
  • Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
  • Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
  • Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan 
  • Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
  • Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
  • Hormat-menghormati
  • Menundukkan badan semasa memberi salam
  • Tidak membuat bising semasa bersembahyang
  • Melayan tetamu dengan baik
  • Pemurah
  • Menolong orang susah
3. Masyarakat India
  • Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
  • Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
  • Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
  • Tidak bising ketika sembahyang
  • Bersabar dan tidak pemarah
  • Membuka kasut semasa memasuki kuil
  • Berpakaian tidak mencolok mata
  • Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
  • Sentiasa menolong orang susah
  • Tidak membalas dendam 
  • Pemaaf
  • Pemurah
  • Hormat-menghormati


Sumber: https://e.edim.co/41770489/kuliah_2_budi_bahasa.pdf?Expires=1441085102&Signature=bQzaUrgKW7pmHFxuUbgeg5ybckoI2cRAEI9PS5uGdt0Apw-FmT9Lxh2C8Vqj99uaQ9K0~fx-k9~yp37ff1p5-FKK~vjzQBstFVqls-NN~6lnG6bkThT4IGfSW5NyWavvvr9Rix8UplBA12ZufOqe-gkur01UXezZ9RYR1QBJb0wK2ridpEG1UzVd-30IAzFoEhESTKqAyFTxOOIhpDiYtjC6A1zfGOfTRTu0ZJNACP5JrQ0n5EQZUBGc4eIKKOnU7~stza2foNHiLkzCUr7ar2BEpP~0PDww5v2rEtzQ~yUcM43dYl88CgtDs-W5gV3QWslgaLLqN-afdv56ZEMn1A__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment