Tuesday, 8 September 2015

KULIAH 3: KONSEP KESANTUNAN DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH


Konsep Kesantunan

Santun
Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud
halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:-
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam proses berkomunikasi.

Kesantunan
 Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dan sebagainya) santun,
kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)

Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicara.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat dalam bermasyarakat

Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan
sehari-hari:

i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai
sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
 Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai
etiket pada dirinya

ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat,
tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam
masyarakat, situasi dan tempat lain
Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku
dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan
terhadap rakan yang baru dikenali
Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa
digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi
masyarakat Melayu

iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti
antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang
yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita,
antara murid dan guru, dan sebagainya.
 Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa
santun dengan ibu bapa
 Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan
rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa
kasar

iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan
bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama
Islam dan adat Melayu
Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam
hubungan masyarakat
 Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak
mengecil hati orang lain

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah
kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk
mencapai tujuan tertentu.
 Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti
dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti
kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang
perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang
menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada
dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.

Kesantunan asas
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan
pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
 Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu
sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara
satu sama lain.
 Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada
kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti
yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain

Kesantunan berkala
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang
menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam
hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana
dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,
mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak
murid dengan guru dan lain-lain
 Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai
perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi.
 bahasa mesti halus
 beradab sopan
 perlakuan lemah-lembut
 berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan
kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan
oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
 Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
 Biasanya mengamalkan budaya yang sama
 Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadishadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka
hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh
dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap
dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela,
melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia
berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi
amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah
kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkatakata
keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hambahamba
Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang
akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah
tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia
manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika
berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat



Sumber : 
https://e.edim.co/41770489/konsep_kesantunan_dan_pandangan_tokoh_2.pdf?Expires=1441896234&Signature=GaM4zN33SFhxzRGJ8LfxNsoGFOHU9MYxjKNlkGnnfXh6cLlzkw~9UZSZyJ7r42sELaJMoKgqqOVSi3NipNNOaypSF2NiYxNG~Viv3si6Rqgi5oTPZODCRLf99TEbz7LXrBPSSP-Hj-EYwYwyD4Z2moE56waWQHkTPd4Cgzt6f1~Sjj2HZWDbbZqhsPzbdmpckHZYY9hfdTIW7km1P2dGFe61y0aYOHNZHIJ5ieMGNdjlpWfWO9IB-34TArfUz8IzkVOf1NrEVfrKwa3f1WN2jVwxKLCuxCtN2CzYX2QWS2VIL8FO3YluuMTnlXD-HltmXt~AcJJEfWZrRlMKVj95-w__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment