Tuesday, 8 September 2015

KULIAH 5: KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Konsep Budaya

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit
buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi,
yang bermaksud budi pekerti atau akal)

Secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan
akal manusia

Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia

Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang
berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam
atau mengerjakan.

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat

Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang,
data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau
akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain)

Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai
keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang
sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk
kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat


Konsep Kesantunan

Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek
nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.

Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas
kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak
dikaitkan dengan konsep keihklasan.

Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai
hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi
prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial

Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau
masyarakat, namun terdapat perbezaan

Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara
masyarakat di dunia ini

Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun
nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B

Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yg
ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing
(KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA) .


Kesantunan Merantas Budaya

Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa
sahaja

Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai

Pemahaman tentang apa yg dikatakan SANTUN dalam pelbagai
budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi

Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya =
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan
individu daripada latar budaya yang pelbagai.

Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang
berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial.

Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang
berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks
pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.

Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap
dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan
terhadap hubungan.

Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi
serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan
sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan diihayati

Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan
komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.

Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.

Komunikasi terikat rapat dengan budaya.

Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza.

Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya
bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang
dipegang

Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu
menyebabkan berlakunya salah faham.

Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada
pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu

Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan

Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak
merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat
Jepun.

Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya
seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau
dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.

Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan
walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea
sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh
tetamu itu balik

Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan
perasaan kecil hati


Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia
Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di
Malaysia

Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang
diamalkan dalam kehidupan seharian

Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara
masyarakat Melayu, India, Cina dan lain-lain

Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan
menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi
amalan kesantunan


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu
Berpegang kuat pada adat resam dan agama
Memberi salam apabila bersua
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Kata sapan.
Kata gelaran.
Panggilan.
Bersalam.
Bertanya khabar.
Melayan tetamu.
Menghormati orang tua.


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina
Tunduk ketika memberi salam.
Orang tua makan dahulu
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
Duduk bersila semasa makan.
Tidak membazirkan makanan.
Senyap semasa bersembahyang.
Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Mematuhi adat dan resam
Salam orang yang lebih tua.


Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

 Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan
mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai
kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian -Peraturan Tatatertib dan Kelakaun
bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang
merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang
berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang
(transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang
terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

ii. Kesantunan tingkah laku
Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi
tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di
sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk
di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati
seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat
umum dan sebagainya
Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik

iii. Kesantunan berkomunikasi
 Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira normanorma
budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea
yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan
dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat
setempat.
 Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan
situasi ketika berkomunikasi.
Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa
dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang
sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak
berbudaya.
 Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa
yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid
menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan
prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.




Sumber : 
https://e.edim.co/41770489/kesantunan_merentas_budaya_2.pdf?Expires=1441896012&Signature=i9U5qCqgxg~ucdqVEVbDpd4TcuUXQgsdTv0~VwWWse3TkdkMz6-m1-nKIeYT5chtNbfqKPxPhsLDRJ~GOVsZO3JOfE-OwjkBoKDermZoL6tV27Oev7AI02Msct2U02BOLgTZo5N08uAT0JA2yF6ZJT7V7suIEB8C8bf3DGIdkPexGEuxwoG-woaqCAuHf7O6NPl8ctVilhxCaonuhnKbkJrTxfS6eoQZ~0Ef9Yu~vkQLh-Gki6orEj7TlQL1uMkVAokMs32xfDYlQPvtjWiFIi-wgxI9Ab~F2yv1Kgl1fYTcMEarJOppPywJTpMAfDeaqd-rTkFr7tQ0p3sPUYUFYg__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment