Thursday, 10 September 2015

ISU PEMBUANGAN BAYI

Dalam dunia yang dilingkari arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial turut menghambat masyarakat , maka wujudlah kes pembuangan bayi yang kian meningkat saban hari.Hal ini satu pembaziran terhadap sumber manusia atau sumber tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Secara  tidak langsung,masalah ini menyebabkan dasar kependudukan yang diutarakan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Dr.Mahathir bin Muhammad tidak kesampaian bagi mencapai jumlah penduduk optimum  menjelang 2020. Kes pembuangan bayi umpama penyakit barah yang perlu diatasi dengan segera. Bagi mengatasi masalah ini, pemangkin atau faktor permasalahan yang merobek nilai-nilai kemanusian ini perlu dikaji dengan teliti hingga ke akar umbinya. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa, terdapat faktor lain yang menjadi punca masalah pembuangan bayi selain daripada kepincangan keluarga.
         Sememangnya,tidak dapat dinafikan bahawa kepincangan keluarga adalah faktor  atau pemangkin utama permasalahan ini. Sesebuah keluarga yang berantakan akan menyebabkan anak-anak  dalam keluarga tersebut mencari jalan alternatif bagi melupakan masalah yang dihadapi . Anak-anak tersebut akan terlibat dalam kegiatan-kegiatan seperti pergaulan bebas.Hal ini dikatakan demikian kerana ,kawan-kawan merupakan insan yang memahami diri mereka dan mereka  mempercayai kawan-kawan melebihi ahli keluarga sendiri. Hal ini memungkinkan hubungan seks diluar nikah terjadi, setelah berlakunya keterlanjuran. Jalan mudah yang akan diambil ialah membuang bayi yang tidak berdosa tersebut sekaligus menolak nilai kemanusian.
         Walaubagaimanapun,terdapat faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin kepada permasalahan ini faktor individu yang kurang penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai keagamaan. Seseorang yang berpegang  teguh kepada rukun-rukun agama tidak akan berani ingkar atau melanggar hukum agama dan sesungguhnya tiada agama di dalam dunia yang merelakan umatnya melakukan maksiat dan dosa. Seseorang yang terlibat dalam kes pembuangan bayi ini, tergolong dalam golongan manusia yang kurang pengetahuan tentang keagamaan. Sekiranya seseorang itu sedar dan berpegang teguh kepada ajaran agama maka,tidak akan timbullah masalah pembuangan bayi ini. 
         Sudah terang lagi bersuluh, ternyata bahawa peranan media massa juga menjadi faktor permasalahan ini. Kebanyakan siaran di rangkaian televisyen setelit tidak ditapis sepenuhnya oleh oleh pihak berkenaan. Budaya-budaya negatif dari barat diserap sepenuhnya oleh golongan remaja di negara kita akibat terpengaruh dengan siaran-siaran yang di tonton di televisyen .Unsur-unsur seks yang dipaparkan akan mempengaruhi golongan remaja akan melakukan seks di luar nikah. Apabila telah keterlanjuaran , jalan penyelesaian yang diambil ialah pembuangan bayi bagi menjaga maruah diri sedangkan maruah diri remaja itu sudah ternodai atau tercalar.
        Remaja adalah golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai daya inkuiri  yang tinggi. Semangat inkuiri  yang tinggi ini menyebabkan rasa ingin tahu dan mencuba sesuatu baik mahupun buruk menebal dalam diri remaja.Sebagai contoh, pasangan remaja yang sedang hangat bercinta akan cenderung ingin mencuba perkara yang dilakukan orang  yang sudah berumah tangga lakukan, tanpa berfikir akan kesannya. Apabila nasi sudah jadi bubur, biasanya golongan remaja ini akan lari dari tanggungjawab dan jalan yang terbaik bagi mereka untuk lari dari tanggungjawab ialah dengan membuang bayi tersebut.

       Satu lagi punca masalah pembuangan bayi ini ialah aktiviti pelacuran. Golongan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah untuk mendapatkan wang dengan masa yang singkat dan lumayan. Hal ini dikatakan demikian kerana sokongan ini  terdesak untuk memperolehi wang bagi menampung perbelanjaan yang melebihi kemampuan tambahan lagi jika tinggal di kawasan Bandar yang sememangnya memerlukan kos sara diri yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan golongan ini terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Mereka malu hendak memelihara bayi tersebut kerana bayi itu hasil daripada kegiatan pelacuran dan tanpa ikatan yang sah.Bagi menutup malu mereka,bayi tersebut dibuang tanpa belas kasihan.
       Konklusinya, masalah ini bukan hanya disebabkan masalah kepincangan keluarga tetapi turut dipengaruhi oleh individu itu sendiri dab pelbagai unsur luaran yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak haruslah berganding bahu dan bukannya menunding jari kepada satu pihak sahaja. Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama badab bukan kerajaan (NGO) bekerjasama menubuhkan Tabung DNA bagi memudahkan proses mengesan ibu bapa kepada bayi yang dibuang. Di samping itu,masyarakat hendaklah bekerjasama membantu dalam menjayakan usaha ini agar nilai kemanusian dapat dijunjung sekaligus dapat mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam lembah kejahilan.


Sumber: http://bm-stpm.blogspot.com/2011/10/gejala-pembuangan-bayi.html#ixzz3lLFIxI00

PUNCA BERLAKUNYA GENGSTERISME DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Hakikat bahawa gejala samseng dan gengster di sekolah menengah di seluruh negara membuktikan pelajar telah berani mencabar undang-undang negara dan peraturan sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak.
       Pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama berlakunya gengsterisme di sekolah menengah. Hal ini demikian, kerana kumpulan gengster akan mendorong pelajar lain terlibat dalam gejala gengster. Malahan, perbuatan samseng dan gengster adalah menjadi syarat terhadap ahli sesuatu kumpulan. Mereka bukan sahaja mengugut secara berkumpulan, tetapi juga membuli, bergaduh malah mencederakan pelajar lain di sekolah. Selain itu, mereka turut melakukan kegiatan gengster demi mempertahankan maruah kumpulan. Mereka sanggup menyahut cabaran dari kumpulan lain supaya bertapak kukuh dalam sekolah. Jelasnya, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya gengsterisme.
       Kekurangan pendidikan agama dan moral turut menjadi punca berlakunya gengsterisme. Pendidikan agama dan moral bukan sahaja dapat membentuk modal insan yang berakhlak mulia pada masa hadapan tetapi juga dapat menerapkan nilai-nilai murni pada diri seseorang pelajar. Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan oleh pelajar membolehkan mereka bertindak berdasarkan amalan yang baik. Malangnya, guru-guru di sekolah kurang memberi pendidikan agama dan moral kepada pelajar kerana menganggap pendidikan ini kurang penting berbanding subjek lain.
      Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah gengsterisme di sekolah.Pihak sekolah harus melibatkan semua pelajar dalam aktiviti persatuan mahupun kelab. Kebanyakan pelajar terlibat dalam gejala gengster berpunca daripada masa yang terluang. Dengan mempelbagaikan aktiviti persatuan di sekolah, hal ini dapat menarik perhatian dan penyertaan daripada semua pelajar dalam sekolah. Oleh itu, guru penasihat wajar menambahkan aktiviti yang dapat menarik penyertaan para pelajar untuk mengatasi gejala gengster di sekolah menengah.
       Selain itu, kempen cegah jenayah wajar dilaksanakan. Pihak sekolah boleh menjemput bekas-bekas penjenayah datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Hal ini merupakan langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekas penjenayah dapat menyampaikan pengalaman dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka kepada para pelajar di sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mendapat kesedaran malah menanam azam yang tinggi supaya meninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah jenayah wajar dijalankan untuk membendung masalah gengsterisme.
        Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah gengsterisme di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.


Sumber: http://pbmsmkadeputra.blogspot.my/2013/07/punca-berlakunya-gengsterisme-dan.html

ISU PENDERAAN KANAK-KANAK (ANG SHI MIN)

Isu penderaan telah lama wujud dan menjadi masalah masyarakat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia . Menurut Khaidir Hj. Ismail , Lukman Z.M. & Hanina H. Hamsan (2008 : 341-342) . Isu ini telah mula diberi perhatian serius selepas kes penderaan fizikal seorang kanak-kanak bernama Balasundram . Kanak-kanak ini dijumpai mati dengan kesan penderaan yang teruk pada awal tahun 1990-an . Kini , masalah penderaan kanak-kanak didapati semakin meningkat dan berlaku tanpa mengira sosioekonomi , agama , ideologi , umur dan jantina mangsa . Antara penganiayaan terlibat ialah jenis penderaan terdampar , diabaikan , fizikal , seksual , emosi atau psikologi dan lain-lain .

Khaidir Hj. Ismail , Lukman Z.M. & Hanina H. Hamsan (2008 : 348-349) berpendapat bahawa interaksi di dalam sistem kekeluargaan didapati menjadi faktor asas yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku . Dalam kajian Nor Shafrin , didapati 60% mangsa datang daripada keluarga yang ibu bapa mereka tidak tinggal lagi bersama kerana perceraian atau kematian . Sehubungan dengan itu , mangsa dipelihara sama ada oleh ibu sahaja , bapa sahaja , tinggal bersama keluarga tiri , bersama datuk dan nenek , diserahkan kepada keluarga angkat dan dipelihara oleh ahli keluarga lain seperti kakak dan ibu saudara . Keadaan ini menyebabkan hubungan dan interaksi mangsa dengan keluarga juga adalah kurang baik dan hal ini berkemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak .

Sebab seterusnya ialah pendidikan agama yang kurang dalam kalangan ibu bapa . Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama . Walau bagaimanapun , tidak ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka . Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat . Jika penghayatan agama kuat , tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak-anak dan sanggup mendera darah daging sendiri . Sebagai orang dewasa , ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan garam kepada mereka . Kajian menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda . Hal ini demikian kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun rasional . Selain itu , mereka pun belum bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa . Di samping itu , orang muda sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda rumah , menangis sepanjang waktu , menconteng buku dan sebagainya . Ini menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran kemarahan ibu bapa .

Selain itu , media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap lapisan masyarakat pada masa ini . Media massa yang berunsurkan aksi ganas kerap kali dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan ‘WWE’ dan filem-filem yang berunsurkan pergaduhan seperti ‘Crows Zero’. Aksi-aksi yang diaparkan ini akan memanipulasikan pemikiran dan mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara tidak langsung , ibu atau bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah mereka saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan negatif perbuatan tersebut. Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut merupakan penderaan bagi kanak-kanak. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak perlulah belajar tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak supaya tidak menyakiti anak-anak yang tidak bersalah malah mereka memerlukan bimbingan daripada ibu bapa.

Memang kita tidak dapat dinafikan bahawa penderaan kanak-kanak banyak berlaku di Malaysia . Di negara kita , penderaan seksual banyak berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan . Menurut Ann dan Khadijah , nisbah mangsa kanak-kanak perempuan terhadap mangsa kanak-kanak lelaki yang didera secara seksual ialah 25:1 . Kes yang dirujuk ke Hospital Universiti , Kuala Lumpur mendapati kanak-kanak lebih mengalami penderaan fizikal dan kanak-kanak perempuan didapati lebih mengalami penderaan seksual . Keadan ini menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih kerap didera secara seksual berbanding dengan kanak-kanak lelaki . Lazimnya kanak-kanak dan kaum perempuan kerap menjadi mangsa kerana dianggap tidak berdaya , bergantung dan tidak berkuasa . Mereka dilihat sebagai inferior , mudah diperdaya dan lemah .

Seterusnya , kes ini juga sering berlaku di sesebuah keluarga yang mempunyai hubungan intim sesama ahli keluarga . Kebanyakan perkara merupakan ahli keluarga mangsa sama ada keluarga kandung , keluarga tiri atau keluarga angkat . Dalam keadaan ini , pendera menggunakan keakraban hubungan bersama mangsa bagi memudahkan mereka melakukan penderaan seksual . (Burgress & Holmstrom dalam Khaidir Hj. Ismail , Lukman Z.M. & Hanina H. Hamsan , 2008 : 347-348) . Keputusan Nor Sharifin juga menunjukkan individu yang kerap mendera mangsa seksual ialah bapa kandung, Dapatan beliau didapati menyokong statistik ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang menyatakan bapa kandung merupakan individu yang paling ramai mendera mangsa secara seksual bagi tahun 2000 hingga Julai 2003 .

Menurut laporan ibu Pejabat Polis Bukit Aman , kejadian sumbang mahram banyak dilakukan oleh bangsa Melayu jikla dibandingkan dengan bangsa lain . Kajian tentang sumbang mahram di kalangan tiga bangsa iaitu Melayu , Cina dan India menunjukkan bahawa kejadian sumbang mahram di kalangan masyarakat Melayu kerap dilakukan oleh bapa kandung , bapa saudara dan sepupu . Manakala di kalangan masyarakat Cina , pencabul utama ialah bapa kandung dan bagi masyarakat India pula terdiri daripada bapa saudara dan abang ipar . Perbezaan statistik antara ketiga-tiga bangsa disebabkan oleh perbezaan budaya .

Merujuk kepada Khaidir Hj. Ismail , Lukman Z.M. & Hanina H. Hamsan (2008 : 351-352) , implikasi jangka panjang penderaan kanak-kanak seperti penderaan seksual akan menyebabkan mereka terjebak ke dunia pelacuran dan menjadi mangsa penderaan semula , sama ada menjadi mangsa penderaan seksual atau penderaan fizikal . Implikasi ini selaras dengan kajian Gilgun yang mendapati mangsa penderaan seksual kanak-kanak menjadi pelacur kerana melihat wanita sebagai objek seks . Mangsa juga didapati tidak mengadu atau berkongsi masalah dengan individu lain .

Manakala kesan yang lebih negatif akan dirasai oleh mangsa penderaan tersebut . Implikasi penderaan kanak-kanak umumnya dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan pada anggota fizikal mereka . Luka di kepala , badan dan muka akan memberi kesan yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa kelak . Hal ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau tidak . Malahan ada sesetengah kes penderaan yang meragut nyawa mangsa itu sendiri . Contohnya , anak kepada pengerusi MIC S Karrigalan , 42 telah meninggal dunia akibat didera oleh jirannya .

Tambahan pula , penderaan kanak-kanak juga akan menjejaskan perkembangan emosi mereka . Sehubungan itu , mangsa akan menerima tekanan emosi yang mendalam yang akan mempengaruhi kehidupannya sehari-harian kerana hilang kepercayaan ke atas dirinya sendiri . Sebagai contohnya , mangsa akan menjadi lebih penakut untuk menghadapi masyarakat kerana trauma akan perlakuan penderaan ke asalnya . Di samping itu , hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang , menimbulkan rasa kecewa , hilang keyakinan diri sendiri dan fikiran mereka sering terganggu . Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk berfikir . Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal , mental , akhlak , kerohanian dan sosial yang baik . Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah , maka akan timbullah konflik dalam diri kanak-kanak tersebut . Dalam sesetengah kes pula , mangsa penderaan lebih cenderung bertindak dengan lebih agresif dan mengakibatkan mereka melakukan penderaan terhadap orang lain , sebagaimana yang diperlakukan ke atas dirinya . Apabila emosi mereka terjejas , ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah kanak-kanak .

Untuk menyelesaikan masalah ini , pelbagai pihak patut bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada berlaku . Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam golongan yang tidak bertanggungjawab ini , masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut . Masyarakat haruslah membuang sikap “bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing” dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka . Oleh sebab itu , masyarakat haruslah menanamkan sikap “jaga tepi kain orang” untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman moden ini . Sementelahan pula , masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi . Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim . Tambahan pula , perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi . Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat .

Satu lagi aspek penting dalam menangani masalah ini adalah melalui sesi bimbingan dan kaunseling . Pasangan yang berhasrat untuk berumah tangga diwajibkan untuk mengahdiri sesi-sesi ini . Bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab selepas berkahwin . Alam perkahwinan atau berkongsi hidup jauh berbeza dengan kehidupan membujang . Hakikat ini harus difahami secara mendalam . Perkara yang lebih utama ialah mereka harus sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila mempunyai anak . Pendedahan seperti ini perlu agar pasangan yang baru berkahwin lebih bersedia untuk menghadapi sebarang masalah . Pasangan yang baru berkahwin juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor-kaunselor atau pakar-pakar psikologi . Dalam dunia yang serba canggih ini , bimbingan seperti ini sangat perlu dalam menangani penderaan ini .


Pada pendapat saya , punca berlakunya kes-kes penganiayaan kanak-kanak ini bermula dari rumah . Ibu bapa sepatutnya membela , memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna . Ibu bapa haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak . Selain itu , semua pihak juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini . Setiap pihak perlulah menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain dengan mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini . Bak kata pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain . Hla ini penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini . 

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA (ANG SHI MIN)

Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan, atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi seperti menjadi mangsa-mangsa sebagai pelacur, menjual organ manusia yang didagangkan, dijadikan hamba abdi atau buruh paksa dan berkemungkinan dibunuh . Tindakan ini dilakukan dengan ugutan dan kekerasan, penipuan atau melalui salah guna kuasa. Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca .
Pemerdagangan manusia sebenarnya berkait dengan keadaan kemiskinan . Mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia biasanya berasal daripada keluarga yang miskin . Oleh itu , mereka yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah . Antara cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk berhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur. Tambahan pula , kemiskinan dan kedaifan hidup juga menyebabkan terdapat ibu bapa yang terpaksa menjual anak-anak mereka . Mereka dijanjikan oleh para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik . Hakikatnya , broker biasanya akan menjual anak-anak itu kepada kumpulan pemilik hamba (slaveholders) pula dan hal ini menyebabkan ramai yang terjebak dalam pelacuran tanpa kerelaan mereka .

Seterusnya , tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga mengakibatkan jenayah tersebut terus berleluasa . Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah pada masa ini . Masyarakat kini lebih suka mementingkan diri mereka dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka . Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku . Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tentang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka . Hal ini jelas menunjukkan masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus melarat .

Di samping itu , masalah pemerdagangan manusia juga semakin berleluasa kerana penguatkuasaan yang lemah oleh pihak kerajaan . Penguatkuasaan ini terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri , Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia . Hal ini dikatakan demikian kerana terdapatnya pengawal dalam penguatkuasaan pemerdagangan ini terlibat dengan rasuah . Rasuah ini wujud semasa urusan kemasukan dan pengendalian para pekerja asing ke Malaysia oleh pegawai-pegawai di Malaysia . Kelemahan ini dilihat paling ketara kerana masih terdapat segelintir pegawai yang sanggup menerima rasuah dan mengabaikan tugas mereka . Tegasnya , gejala rasuah ini memang membawa implikasi yang buruk kepada negara kerana aktiviti pemerdagangan manusia semakin berleluasa .

Tidak dapat dinafikan bahawa isu pemerdagangan manusia banyak berlaku di Malaysia . Berada di kedudukan di tengah-tengah negara Asian , Malaysia merupakan antara lokasi strategik sama ada sebagai negara destinasi atau negara transit bagi pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran . Ditambah dengan lambakan sarang pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut serta kedatangan pelancong dan pekerja asing ke Malaysia menggalakkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis dari China , Indonesia , Thailand dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan ini terbukti berdasarkan jumlah tangkapan yang dilakukan dalam operasi serbuan oleh polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke tempat-tempat disyaki sarang pelacuran dan rumah urut di sekitar bandar-bandar besar di negara ini .

Di Malaysia , isu ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan kemiskinan yang sering kali berlaku ledakan pertambahan penduduk . Dengan pertambahan penduduk yang ramai ini , jumlah mereka yang mencari pekerjaan juga bertambah . Keadaan terdesak ini menyebabkan mereka akhirnya terjebak dalam perangkap perdagangan manusia . Di kawasan kemiskinan yang kronik , ada kalanya ahli-ahli keluarga dijadikan cagaran semasa membuat pinjaman wang . Terdapat kemungkinan sesebuah keluarga tidak dapat menjelaskan pinjaman kerana faktor-faktor seperti hasil pertanian tidak menjadi atau berlakunya wabak di kawasan mereka . Apabila gagal melunaskan hutang , terdapat ahli keluarga yang terpaksa diserahkan kepada peminjam wang . Hal ini menunjukkan kawasan-kawasan kemiskinan merupakan tempat yang sering berlaku pemerdagangan manusia .

Selain itu , isu ini juga banyak berlaku di kalangan wanita . Hal ini dikatakan demikian kerana golongan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri dan lemah selalunya dipaksa untuk membuat sesuatu yang tidak diingini seperti pengambilan dadah , GRO atau pelacuran . Ini bermaksud hak kaum wanita dan maruah kaum wanita langsung tidak dihormati . Kaum wanita juga mudah ditipu muslihat oleh penjenayah . Wanita yang terpengaruh dengan tipu muslihat dipergunakan untuk melakukan perbuatan pelacuran dan seks bebas . Selain itu , tugasan yang diberi kepada mereka ialah menjual pil estacy atau mengedar heroin di tempat awam seperti disko atau pub . Pemuda tersebut akan terperangkap dalam penipuan dan akhirnya tidak dapat melepaskan diri .

Disebabkan masalah ini , jenayah ini telah mendatangkan pelbagai kesan negatif yang turut menjejaskan kedaulatan Malaysia . Kesan utama yang menjadi punca adalah mencemarkan nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa . Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia bukanlah pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia . Malahan kedudukan ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir negara dan memperkasakan undang-undang . Masalah ini juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia . Pelabur-pelabur asing akan berasa ragu-ragu untuk melabur di negara ini kerana gagal menunjukkan keprihatinan terhadap isu global ini .

Selain itu , impak seterusnya ialah berlakunya peningkatan masalah sosial di negara kita . Sambil memetik beberapa perangkaan , Dr Azizah berkata kes melibatkan wanita dieksploitasi tahun 2014 ini sahaja berjumlah 217 diikuti buruh paksaan sebanyak 70 , melanggar undang-undang imigresen 38 dan penjualan bayi 30 . Hal ini menyebabkan masalah sosial akan bertambah merebak dan masyarakat seperti berpeleseran , pelacuran , seks bebas , minum arak dan sebagainya . Hal ini mengakibatkan imej negara kita tercemar di mata dunia . Aktiviti pemerdagangan manusia juga menjejaskan hubungan diplomatik antara negara lain . Pemerdagangan manusia adalah sejenis aktiviti yang melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara luar .
Peningkatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk pendatang berkemungkinan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara . Sebagai contohnya , ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa setiap tahun kira-kira 20 billion paun yang mengalir keluar dari negara akibat daripada aktiviti tersebut . Tambahan pula , kata Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Azizah Kassim dalam satu kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel Pemberitaan Mengenai Pemerdagangan Manusia di sini baru-baru ini , “Ia tercemar nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa melainkan jika kerajaan menyediakan lebih banyak sumber dari segi kewangan dan modal insan bagi membanteras kejadian haram ini.” Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan menjejaskan ekonomi negara kita .

Memandangakan kesan yang tidak diingini ini terutamanya ke atas rekod hak asasi manusia dan pembangunan ekonomi negara . SUHAKAM menyeru kerajaan untuk mempergiatkan usaha untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran , dan juga memastikan perlindungan sepenuhnya dan bantuan diberikan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di semua peringkat selaras dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah , menyekat dan menghukum pemerdagangan manusia terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak .

Pertama sekali , penguatkuasaan undang-undang patut dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan kegiatan ini semakin berleluasa . Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi datang kepada kegiatan ini . Selain itu , hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini . Hal ini amat penting kerana ketiadaan hukuman yang berat membuatkan seseorang berani untuk menjalankan kegiatan jenayah pemerdaganagn manusia . Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan undang-undang sangat penting dalam menangani isu ini .

Kerajaan Malaysia amat memandnag serius untuk membanteras jenayah ini dan telah menubuhkan Akta Anti Pemerdagangan Orang (AKTA 670) pada tahun 2007 bagi melindungi mangsa dan mengheret si keji yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini ke muka pengadilan . Jika seseorang memperdagangkan orang yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi , dia akan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda . Selain itu , jika seseorang mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan , dia juga akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 . Tambahan pula , jika seseorang itu merupakan pegawai penguatkuasa dan dia telah menghalang , merintangi , mengganggu atau gagal untuk mematuhi permintaan yang sah sebagai seorang pegawai penguatkuasa dalam melaksanakan fungsinya di bawah akta ini , dia akan didenda bawah Seksyen 63 dengan denda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya .

Seterusnya , pihak kerajaan juga perlu memastikan kawalan keselamatan adalah ketat . Pihak kerajaan patut mengawal pintu masuk utama negara (lapangan terbang dan sempadan antarabangsa) dan menjayakan semakan terhadap kemasukan pendatang asing . Sistem kawalan keselamatan yang moden dan berteknologi haruslah diguna pakai supaya kawalan dan semakan terhadap kemasukan pendatang asing dapat dijalankan dengan amat efektif dan lancar . Agensi-agensi penguatkuasa seperti pihak polis , Kastam dan Jabatan Martim juga patut memperlipatgandakan usaha dan kerjasama bagi membanteras kes jenayah memperdagangkan orang agar kerjasama semua pihak ini dapat membuahkan hasil dengan berjaya .


Pada pendapat saya , walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman untuk membendung jenayah ini , tetapi para masyarakat di negara kita yang bersikap mementingkan diri sendiri menyebabkan mereka masih melakukan perkara-perkara yang berada di luar nilai kemanusiaan . Justeru , saya yakin bahawa kerjasama daripada semua masyarakat merangkumi masyarakat Maelayu , Cina atau India merupakan jalan penyelesaian paling efektif yang patut dipraktikkan . Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja beban ini dipikul oleh pihak berkuasa . Bak kata pepatah “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing”. Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi mereka yang lemah menjadi mangsa kepada jenayah pemerdagangan manusia . 

Wednesday, 9 September 2015

ISU PENDERAAN KANAK-KANAK (CHAN JIE YI)

Penderaan didefinisikan sebagai perbuatan berbentuk dendaan atau hukuman terhadap individu di bawah jagaan orang yan dipertanggungjawabkan kepadanya. Lazimnya, dendaan yang dikenakan terhadap mangsa adalah kejam dan melebihi had hukuman yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa tersebut. Penderaan ini juga akan menyebabkan kecederaan pada tubuh badan atau kesan terhadap emosi. Penderaan ini bukan sahaja berlaku di luar negara kerana kini, kes penderaan juga didapati berlaku di Malaysia.
Penderaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan pengabaian. Penderaan fizikal melibatkan perlakuan yang dianggap salah dan berbahaya kepada kanak-kanak (Ann dan Khadijah, 1997). Antara contoh perlakuan ini ialah menendang kanak-kanak, memukul, mencubit, mengepit, merantai, mengurung, menyimbah cecair panas terhadap mereka, mencucuh badan mereka dengan api dan sebagainya. Pada tahun 2003, Ann dan Khadijah pula mendefinisikan penderaan fizikal sebagai keganasan secara fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, retak, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Penderaan fizikal ini boleh membawa maut kepada dua jenis kanak-kanak iaitu kanak-kanak yang cacat sejak dilahirkan dan kanak-kanak yang cacat akibat daripada penderaan tersebut.
Penderaan seksual pula melibatkan individu dewasa atau remaja sebagai pendera yang menggunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual. Mangsa penderaan seksual didedahkan dengan aktiviti seksual yang tidak difahami, tidak sesuai dengan umur dan perkembangan emosi mereka. Kadangkala, kanak-kanak tersebut juga dipaksa untuk melakukan aktiviti seksual atau menonton filem pornografi.
Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya dari segi mental dan emosi. Penderaan emosi juga merangkumi perbuatan ibu bapa yang tidak memberikan  kasih sayang yang mencukupi atau membenci kanak-kanak tersebut, tidak menghiraukan, tidak melayan kerenah dan menyekat pergaulan kanak-kanak. Menurut Akta Kebajikan Kanak-kanak di Kanada, penderaan emosi berlaku sekiranya terdapat gangguan mental dan emosi dalam kalangan kanak-kanak di samping gangguan tingkah laku seperti kemurungan, perasaan cemas, suka mengasingkan diri, mudah menjadi agresif atau perkembangan diri lambat. Antara sebab penderaan emosi adalah kerana penolakan, deprivasi kasih sayang atau rangsangan kognisi, didedahkan kepada keganasan atau pertelingkahan sengit dalam rumahtangga dan sebagainya.
Pengabaian pula ialah pengabaian penjagaan oleh ibu bapa dan penjaga dari segi keperluan keselamatan, rawatan, pendidikan, emosi dan fizikal (Kasmini, 1997). Pengabaian melibatkan aspek fizikal dan emosi dan pengabaian berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak memenuhi keperluan mental dan fizikal anak-anak secara mencukupi sehingga menjejaskan perkembangan anak-anak.
Isu penderaan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah ketegangan hidup yang penuh dengan persaingan. Ketegangan ini menyebabkan ibu bapa mengalami stres dan berasa tertekan, tetapi tidak mempunyai cara yang baik untuk melepaskan tekanan tersebut. Oleh itu, mereka melepaskan geram terhadap orang yang terdekat iaitu anak-anak mereka. Hal ini dikaitkan pula dengan perubahan corak keluarga, iaitu pada masa ini kebanyakan keluarga merupakan keluarga nukleus yang bermaksud keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka sahaja tanpa nenek, datuk, ibu saudara atau saudara lain yang duduk serumah. Perubahan ini menyebabkan tiada orang yang boleh menolong anak-anak yang didera ataupun menghentikan perbuatan mendera tersebut apabila kejadian pederaan berlaku.
Selain itu, kekurangan didikan agama dan moral dalam kalangan ibu bapa turut menjadi sebab berlakunya penderaan. Hal ini kerana didikan agama dan moral adalah untuk membimbing seseorang supaya sentiasa berkelakuan baik dan menghindarikan dirinya daripada melakukan perbuatan yang jahat. Apabila ibu bapa kurang menerima didikan agama dan moral sejak kecil, mereka mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar yang tidak baik dan tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah. Mereka juga mudah hilang pertimbangannkerana tidak memikirkan dosa dan pahala malah berasa bahawa penderaan bukan satu kesalahan. Hal ini menyebabkan mereka mudah melakukan perbuatan yang salah seperti mencederakan anak-anak mereka dengan sengaja. Sejarah pahit ibu bapa dari segi penderaan yang dialami ketika mereka kecil juga menyebabkan kejadian penderaan berlaku. Terdapat ibu bapa yang juga merupakan mangsa penderaan semasa kecil dan hal ini menjadi trauma kepada mereka. Mereka akan cuba untuk mengeluarkan diri dari bayangan didera dengan melepaskan geram dan kesedihan yang disebabkan oleh penderaan tersebut ke atas orang lain dan malangnya, anak-anak mereka menjadi mangsa mereka.
Krisis keluarga turut menyumbang dalam berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Pergaduhan yang berlaku antara suami isteri menyebabkan pihak suami atau isteri menjadi lebih garang daripada sebelum ini lalu mencederakan anak-anak mereka dengan lebih mudah. Kata-kata kasar yang dikeluarkan apabila pergaduhan antara suami dan isteri berlaku sering berubah kepada penderaan emosi terhadap kanak-kanak kerana emosi mereka yang rapuh kurang dapat menerima kata-kata tersebut, malah nada garang yang digunakan oleh ibu bapa mereka semasa bergaduh mengejutkan mereka, menyebabkan mereka terkejut dan takut lalu mengalami gangguan emosi.
Di Malaysia, isu penderaan kanak-kanak ini boleh berlaku di mana-mana keluarga sahaja tanpa mengira kedudukan dan kaum. Hal ini kerana setiap ibu bapa dalam sesebuah keluarga berpeluang untuk menghadapi tekanan yang merangsangkan mereka untuk melakukan perbuatan penderaan. Namun, isu ini banyak berlaku dalam keluarga yang miskin ataupun mempunyai anak tiri. Keluarga yang miskin mengalami tekanan kehidupan yang lebih tinggi kerana dibelenggu oleh kerunsingan tentang kemiskinan yang dihadapi. Ahli dalam keluarga yang mempunyai anak tiri pula sangup mendera anak tersebut kerana beranggapan bahawa anak itu bukan darah daging sendiri.
Isu penderaan anak-anak ini membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Antara kesan tersebut ialah negara akan kehilangan bakal tokoh. Kesan yang dialami mangsa dera dan gangguan emosi serta tingkah laku pendera secara tidak langsung menggambarkan negara kehilangan potensi individu (Conte, 1991). Hal ini kerana keadaan kanak-kanak yang berpotensi untuk menyumbang tenaga dalam pembangunan negara pada masa hadapan berkemungkinan terpengaruh apabila mereka didera dan hal ini akan menyebabkan mereka kehilangan keupayaan untuk meneruskan kehidupan mereka secara normal. Negara akan mengalami kesukaran dalam membangun dan menjadi sebuah negara yang maju. Tanpa modal insan yang berkualiti, sesebuah negara akan menjadi lemah dan terancam.
Dari aspek masyarakat pula, isu penderaan akan menyebabkan banyak masalah dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, mangsa penderaan akan mengalami masalah fungsi kognitif, tingkah laku dan emosi yang sangat kuat. Mereka akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan tidak mempercayai orang lain kerana mereka pernah dicederakan oleh orang yang tersayang. Hal ini mengakibatkan mereka untuk mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dan sebagai kesannya, mereka mengalami kesukaran untuk bergaul dengan anggota masyarakat yang lain. Masyarakat juga berkemungkinan kehilangan bakat kerana pastinya terdapat orang yang berbakat dalam kalangan mangsa penderaan yang mengasingkan diri daripada masyarakat. Terdapat juga mangsa penderaan yang mengalami gangguan emosi yang terlalu kuat lalu mencederakan diri anggota masyarakat yang lain. Hal ini kerana mereka ingin  melepaskan tekanan yang lama terpendam dalam hati mereka. Namun, perbuatan ini mendatangkan bahaya kepada masyarakat kerana mereka mungkin tercedera atau terbunuh.
Isu penderaan ini dapat diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi hak kanak-kanak. Sebagai  contoh, Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 telah diluluskan bagi melindungi kanak-kanak saripada kes penderaan, penganiyaan dan pengabaian. Akta tersebut merangkumi aspek menyeluruh hak kanak-kanak dan menyentuh bahawa ibu bapa dan penjaga mempunyai kewajipan dalam menjaga dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Akta ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kanak-kanak 2001. Akta ini pula telah menggabungkan tiga akta yang berkaitan dengan remaja dan kanak-kanak iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.
Selain itu, kerajaan Malaysia harus mengadakan kempen antipenderaan bagi mendedahkan isu penderaan ini kepada masyarakat dengan lebih luas. Hal ini kerana tidak mempunyai pengetahuan yang luas merupakan salah satu sebab masyarakat tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa penderaan. Meraka juga berasa takut untuk membuat demikian kerana takut dibalas dendam oleh pendera. Dengan menggunakan cara ini, masyarakat akan lebih bersikap peka terhadap kes penderaan kanak-kanak dan akan menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang didera tersebut seperti melaporkan kes-kes penderaan kepada pihak polis. Hal ini penting agar kanak-kanak mendapat perlindungan yang sepatutnya.
Seterusnya, kelas-kelas bimbingan perlulah diadakan untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada mereka. Pendidikan ini adalah amat penting untuk memberikan kesedaran kepada pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar yang perlu dipikul selepas mereka berumah tangga. Melalui pendidikan keibubapaan ini, mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan cara melayan pasangan mereka dengan baik, maka masalah penderaan kanak-kanak dapat diatasi.
Pada pendapat saya, isu penderaan kanak-kanak ini bukan lagi isu yang jarang dikenali kerana kita sering membaca berita yang berkaitan dengan isu ini daripada surat khabar pada hari ini. Walaupun kes penderaan yang banyak berlaku telah menyebabkan banyak kecederaan dan kematian kanak-kanak dan menyakitkan hati orang ramai, perkara tersebut tetap dilupakan oleh masyarakat selepas tempoh masa yang tertentu. Hal ini menyebabkan saya berasa kesal kerana ini menunjukkan kekurangan kepekaan dalam kalangan masyarakat terhadap isu penderaan ini dan kekurangan kepekaan inilah yang menyebabkan penambahan kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Hal ini disebabkan oleh fikiran pendera yang berasa bahawa perbuatannya adalah tidak salah kerana tiada orang yang menghentikan perbuatan tersebut.
Tambahan pula, tekanan hidup yang dilahirkan daripada kehidupan dan kerja yang terlalu tinggi menyebabkan orang dewasa sanggup melepaskan perasaan geram dan stres mereka ke atas kanak-kanak yang masih kurang berpengetahuan tentang dunia ini. Kanak-kanak yang didera pula tidak berupaya untuk melindungi diri mereka kerana mereka masih lemahdan kecil. Oleh itu, mereka terpaksa menanggung kederitaan dan kesakitan tersebut berkali-kali sehingga diselamatkan oleh orang lain ataupun mati kerana mengalami kecederaan yang terlalu parah. Hal ini memang menyedihkan saya kerana kanak-kanak tersebut adalah tidak berdosa dan mereka tidak harus dijadikan sebagai alat untuk melepaskan geram. Pendera juga tidak berhak untuk membuat kanak-kanak tersebut menderita hanya disebabkan oleh kekurangan keupayaan kanak-kanak untuk melarikan diri daripada penderaan mereka.

Saya berharap bahawa masyarakat boleh bersikap lebih peka terhadap kes-kes penderaan yang berlaku di sekeliling mereka dan bertindak untuk menghentikan penderaan tersebut. Mereka tidak perlu menghentikan pendera menggunakan tenaga sendiri, tetapi hanya perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya kanak-kanak yang didera itu mendapat perlindungan yang sepatutnya. Hal ini adalah amat penting supaya kanak-kanak tersebut tidak lagi menderita dan mempunyai kehidupan yang normal seperti kehidupan yang dilalui oleh kanak-kanak yang lain. Semua rakyat mestilah berganding bahu untuk melindungi kanak-kanak dalam negara kita tanpa mengira kaum dan agama kanak-kanak tersebut kerana semua kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata.

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA (CHAN JIE YI)

Pemerdagangan manusia merupakan perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram. Pemerdagangan manusia juga melibatkan tindakan merekrut, memindah, menyimpan manusia dengan tujuan untuk melakukan eksploitasi tertentu. Sebagai contoh, menjadikan mangsa pelacuran sebagai pelacur, menjual organ manusia yang didagangkan, dijadikan sebagai hamba abdi atau buruh paksa. Pemerdagangan ini dilakukan menggunakan cara ugutan dan kekerasan, penipuan atau melalui salah guna kuasa.
Isu pemerdagangan manusia ini bukan sahaja berlaku di luar negara, tetapi berlaku dalam Malaysia juga. Sebagai contoh, terdapat keluarga yang menculik dan menjual kanak-kanak ataupun remaja ke tempat yang lain sebagai urus niaga. Terdapat juga keluarga yang menjual kanak-kanak kaum yang berbeza seperti keluarga Melayu yang menjual kanak-kanak kaum Cina dan keluarga Cina yang menjual kanak-kanak kaum Melayu. Lazimnya, kanak-kanak dan kaum wanita yang sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia tetapi terdapat juga orang dewasa dan kaum lelaki yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Isu pemerdagangan manusia ini bukan berlaku di kawasan pedalaman sahaja tetapi berlaku di kawasan bandar juga. Kanak-kanak dan remaja di kedua-dua pedalaman dan bandar berkemungkinan menjadi sasaran dan ‘barangan’ yang baik bagi penjahat yang menjalankan pemerdagangan manusia. Mereka akan diculik atau dipaksa untuk mengikut penjahat tersebut lalu dibawa ke tempat-tempat yang menjalankan pemerdagangan manusia. Seterusnya, mereka mungkin dijadikan sebagai pelacur, hamba atau buruh, malah adanya yang dijualkan organ mereka untuk mengaut wang bagi orang yang menculik mereka.
Terdapat sebab yang menyebabkan kes pemerdagangan berlaku dan salah satu sebabnya ialah keadaan kemiskinan. Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia berasal daripada keluarga yang miskin dan kawasan yang didiami oleh mereka juga dalam keadaan kemiskinan. Di kawasan seperti ini berlakunya masalah pertambahan penduduk dan masalah ini menyebabkan peluang bekerja di kawasan tersebut menjadi semakin kurang. Hal ini mengakibatkan penduduk yang tidak mendapat pekerjaan terjebak dalam perangkap pemerdagangan manusia kerana tertipu dengan jaminan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan yang baik di sesuatu tempat, namun dijual ke tempat yang lain.
Kemiskinan dalam sesebuah keluarga juga menjadi sebab berlakunya kes pemerdagangan manusia. Ibu bapa dalam sebuah keluarga yang miskin akan cuba mengurangkan bebanan mereka untuk menanggung ahli keluarga yang terlalu banyak dengan menjual anak-anak mereka kepada orang yang dikenali sebagai broker. Mereka dijanjikan oleh para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik. Namun, anak-anak mereka dijualkan kepada kumpulan milik hamba. Sebagai akibatnya, anak-anak mereka terjebak dalam aktiviti pelacuran tanpa kerelaan mereka. Ibu bapa yang miskin terpaksa menjual anak-anak mereka dengan harapan bahawa anak-anak mereka akan mempunyai kehidupan yang lebih baik tetapi pada akhirnya, kanak-kanak perempuan terpaksa menjalankan kerja-kerja domestik atau dijadikan sebagai pelacur manakala kanak-kanak lelaki dijual sebagai buruh pertanian atau nelayan di laut.
Seterusnya, feomena globalisasi turut menyumbang kepada berlakunya kes pemerdagangan manusia. Kini, globalisasi berperanan sebagai ‘pengiklan tanpa sempadan’ untuk aktiviti pemerdagangan manusia. Beberapa laman web digunakan untuk mengumpul, memasarkan dan mengeksploitasi mangsa-mangsa perdagangan terutamanya perdagangan seks. Kajian telah menunjukkan bahawa internet merupakan fasiliti yang terpenting dalam perdagangan seks komersial. Kumpulan-kumpulan jenayah yang terancang boleh menggunakan internet untuk memperdagangkan wanita sebagai pekerja seks kerana pasaran terhadap perkhidmatan mereka akan menjadi lebih luas dengan akses yang lebih luas.
Pemerdagangan ini membawa kesan yang buruk terhadap negara dan masyarakat. Kesan yang disebabkan oleh pemerdagangan manusia terhadap negara ialah menjatuhkan imej negara. Aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku secara meluas di negara kita akan menyebabkan negara lain menpunyai tanggapan yang negatif terhadap negara kita. Hal ini akan menyebabkan ekonomi di negara kita terbantut kerana pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita akibat aktiviti pemerdaganganmanusia yang berleluasa ini. Sektor pelancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara ini turut terjejas kerana pelancong yang khuatir akan keselamatan sendiri tidak berani untuk melancong di Malaysia.
Pemerdagangan manusia juga akan menyebabkan kadar jenayah meningkat. Hal ini kerana kebanyakan penjenayah yang melakukan pemerdagangan manusia merupakan penjenayah yang terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah, merompak, penggunaan dadah dan sekarang, mereka menjalankan pemerdagangan manusia untuk mencari sumber kewangan yang baru.
Antara langkah yang digunakan untuk mengatasi isu ini ialah kerajaan telah memperkukuh undang-undang yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia. Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah dipinda pada tahun 2010 dan kini dinamakan sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Pindaan dibuat agar menjadikan akta tersebut lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang, termasuk migran sekiranya migran itu ialah orang yang diperdagangkan. Denda untuk kesalahan pemerdagangan orang telah dinaikkan antara RM 500,000 hingga maksimum RM 1 juta.
Selain itu, semua agensi penguat kuasa yang terlibat dalam pembanterasan pemerdagangan manusia perlu mengambil tindakan bersepadu. Pelaksanaan tindakan persepadu ini menumpukan fokus terhadap koordinasi dan pertukaran maklumat semasa melakukan operasi. Agensi-agensi tersebut juga harus menyediakan sistem yang mudah untuk membolehkan orang ramai membuat laporan tentang jenayah ini dengan cepat. Sistem laporan dan perkhidmatan talian pula perlu bersifat mesra pelanggan dan efisien.
Seterusnya, kerajaan juga mesti meningkatkan program kesedaran awan bagi mendidik orang ramai tentang bahaya penjenayah pemerdagangan manusia termasuk implikasinya terhadap hak asasi manusia dan juga keselamatan negara. Sumbangan orang ramai dalam membanteras jenayah ini turut ditekankan. Maklumat pula akan disalurkan kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan lelaki, majikan dan agensi-agensi pelancongan supaya mengurangkan permintaan yang boleh menjurus kepada berlakunya jenayah pemerdagangan manusia. Melalui program ini, masyarakat yang peka terhadap isu ini dapat dipupuk.
Di samping itu, kerajaan haruslah menyediakan tempat perlindungan dan kemudahan asas lain yang mematuhi standard minimum antarabangsa. Kemudahan asas dan keperluan yang dapat memberikan keselesaan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan adalah diperlukan agar mereka selamat dan terkawal. Pusat pemulihan juga adalah penting untuk membantu mangsa-mangsa tersebut yang menghadapi trauma emosi dan mental dalam proses pemulihan mereka. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini serta membantu mangsa-mangsa pemerdagangan manusia.

Pada pendapat saya, pemerdagangan manusia bukan sahaja menyebabkan mangsa pemerdagangan manusia menderita, malah juga menyebabkan keluarga mangsa tersebut menjadi porak-peranda kerana mereka kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Penjenayah yang terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia haruslah dihukum kerana kegiatan ni telah mengakibatkan banyak masalah dalam kalangan mangsa seperti kecederaan fizikal dan mangalami gangguan emosi. Hal ini kerana mereka dipaksa untuk melakukan kerja yang tidak diingini contohnya bekerja keras sebagai buruh dan menjadi pelacur. Kebanyakan mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang biasa kerana dihantui oleh pengalaman yang menakutkan itu dan memerlukan masa yang amat panjang untuk pulih daripada trauma tersebut. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah berusaha untuk menangkap penjenayah tersebut dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam pemerdagangan manusia. Masyarakat pula mestilah bersifat peka, bertanggungjawab serta berganding bahu tanpa mengira kaum bagi membanteras kegiatan ini dalam negara kita.